Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Balu Diminta Mendapatkan Perintah Mahkamah Bagi Mengakses Apple ID Mendiang Suami

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Ini pepatah turun temurun yang kami pelajari di sekolah. Kini rasanya pepatah perlu diubah kepada manusia mati meninggalkan peranti. Di dalam kes David Bush (72) , beliau meninggal iPad yang tidak boleh diakses oleh isteri beliau Peggy. David meninggal dunia Ogos lalu akibat kanser paru-paru. iPad ini  berfungsi dengan baik dan digunakan oleh Peggy untuk bermain aplikasi poker. Beberapa bulan yang lalu beliau menyedari aplikasi poker ini mula mendatangkan masalah. Aplikasi dinyahpasang dan ingin dimuat turun semula oleh Peggy. Peggy kemudian menyedari beliau tidak mengetahui kata laluan AppleID milik mendiang suami.

Apple iPad Mini 4

Beliau cuba mendapatkan bantuan Apple bagi mendapatkan kata laluan AppleID. Apple kemudian enggan memberikan kata laluan kepada balu ini dan meminta perintah mahkamah. Proses yang memakan masa dan wang ini amat mengecewakan balu yang tinggal di Kanada ini. Apple kemudian menyarankan Peggy supaya mencipta AppleID baru untuk memuat turun aplikasi tanpa masalah. Peggy enggan melakukan apa disarankan kerana kesemua aplikasi mendiang David perlu dibeli semula. Balu ini merasakan Apple hanya mahu menyukarkan hidup beliau kerana proses pertukaran nama penerima pencen dan hak milik rumah hanya memerlukan sijil kematian serta wasiat si mati. Kes ini adalah sebab mengapa kami berkongsi kesemua kata laluan dan nombor pin penting dengan isteri. Malahan nombor pin menyahkunci peranti kami berdua adalah sama kerana tiada rahsia perlu disorok di dalam peranti antara dua insan bercinta.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Balu Diminta Mendapatkan Perintah Mahkamah Bagi Mengakses Apple ID Mendiang Suami"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info