Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skype Memperkenalkan Fungsi “Stories” Mereka Tersendiri – Dinamakan Hightlights

Skype merupakan aplikasi komunikasi panggilan audio dan video yang digunakan secara meluas oleh ramai pengguna seluruh dunia. Kini, hari ini Skype mengumumkan kemaskini untuk aplikasi mereka, dimana bersama-sama dengan kemaskini baru ini, sejumlah ciri baru diperkenalkan, termasuk salah satunya adalah Highlights.

Skype Highlights

Melalui Hightlights, Skype yang dimiliki oleh Microsoft ini inginkan anda berkongsi pelbagai gambar dan video menarik sepanjang hari anda melaluinya – sekaligus membolehkan rakan-rakan anda melihatnya, dan secara tidak langsung mempunyai topik perbualan untuk disembang bersama anda melalui Skype.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan Instagram Stories, Facebook Stories, Snapchat Stories dan sebagainya yang terhad kepada hanya 24 jam, untuk Skype Hightlights, setiap perkongsian akan tersimpan selama 7 hari sebelum ia digantikan dengan yang baru.

Microsoft sedang memperkenalkan kemaskini aplikasi Skype baru ini untuk Android secara berperingkat, dan akan diikuti oleh iOS. Klien desktop Windows dan mac OS akan menerima kemaskini serupa selepas itu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Skype Memperkenalkan Fungsi “Stories” Mereka Tersendiri – Dinamakan Hightlights"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info