Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Air Bonsai – Menanam Pokok Bonsai Yang Terapung Di Udara

Pokok Bonsai merupakan pokok yang bersaiz kecil yang sering digunakan sebagai dekorasi pada meja ataupun di rumah. Terkini, melalui laman Kickstarter, salah satu projek baru mengumpulkan dana dengan konsep bonsai yang menarik – iaitu pokok bonsai yang terapung di udara.

Air Bonsai

Untuk menjadikan ia terapung di udara, Air Binsai menggunakan sebuah tapak magnetik bersaiz 15-sentimeter, dan ia membolehkan pokok Bonsai terapung sehingga 2 sentimeter daripada tapak berkenaan. Tapak yang dipanggil sebagai “Energy Base” ini juga memerlukan kuasa elektrik untuk beroperasi dan mengapungkan pokok Bonsai. Air Bonsai juga turut menggunakan sebuah pasu khusus yang dipanggil sebagai Little Star untuk membuatkan ia terapung di udara.

Buat masa ini, projek ini sedang mengumpulkan dana melalui laman Kickstarter – dan versi asas yang hadir dengan Energy Base dan juga Little Star berharga $200 (~RM855), yang mana boleh dikatakan mungkin bukan suatu harga yang tinggi bagi para peminat pokok Bonsai.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Air Bonsai – Menanam Pokok Bonsai Yang Terapung Di Udara"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info