Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo K5 Note Diperkenalkan Di China – Hadir Dengan Rekaan Logam Dan Skrin 5.5-inci

Lenovo hari ini telah menambah satu lagi peranti dibawah keluarga phablet mereka, iaitu Lenovo K5 Note. Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, dan hadir dengan sedikit penambah-baikkan berbanding K4 Note yang telah diumumkan beberapa minggu lepas.

Lenovo K5 Note

Lenovo K5 Note hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip MediaTek P10 1.8Ghz, dan memori 2GB RAM. Berbeza dengan K4 Note, telefon pintar K5 Note ini hadir dengan rekaan berasaskan logam, serta menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Telefon ini juga turut dilengkapi dengan teknologi audio Dolby Atmos.

Untuk rakaman gambar, Lenovo K5 Note hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini hadir dengan sokongan dwi-SIM dan pada masa yang sama dilengkapi slot mikro-SD untuk memperluaskan storan 16GB terbina.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan ditawarkan untuk pasaran global ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo K5 Note Diperkenalkan Di China – Hadir Dengan Rekaan Logam Dan Skrin 5.5-inci"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info