Kamera litar tertutup ialah alat keselamatan yang dipasang oleh mereka yang mahu mengelakkan rumah dari dirompak. Pencuri akan berfikir dua kali untuk menjadikan rumah anda sasaran mereka sekiranya terlihat kamera litar tertutup dipasang. Percaya atau tidak anda kamera litar tertutup palsu ada dijual di Malaysia semata-mata untuk menakutkan pencuri. Namun kepada mereka yang mahukan kamera litar tertutup sebenar, sistem pendawaian yang buruk mungkin boleh merosakkan rekaan rumah. Kini wujud kamera litar tertutup yang amat mudah dipasang kerana ianya boleh disambung terus dari soket mentol biasa.
iCamPro Deluxe ialah kamera litar tertutup yang merakan video pada resolusi 1080P 30 FPS. Rakaman boleh dilakukan di dalam mod biasa dan juga infra merah untuk waktu malam. Ia boleh digunakan oleh palam mentol E26/E27 yang digunakan oleh kebanyakan tempat kediaman di Malaysia. Kamera iCamPro Deluxe boleh berputar 360 darjah dan mengesan pergerakan di dalam lingkungan 9 meter. Perisian terbina akan secara automatik mengesan pergerakan dan menggerakkan kamera untuk mengikuti individu yang mencurigakan. Sistem penggera 82 Desibel terbina turut disertakan. Ia menyimpan video di dalam kad SD sebesar 32 Gigabyte dan menyokong tambatan WiFi. Pengguna boleh melihat penstriman kamera litar tertutup ini secara terus menggunakan aplikasi peranti pintar Android dan iOS. Ia turut menyokong penstriman terus pada jam tangan pintar Apple Watch serta Pebble. Harga sebuah iCamPro Deluxe bermula dari $199 (~RM 854) dan boleh dikatakan mampu milik. Sekiranya anda risau tentang keselamatan rumah anda, ini mungkin kamera litar tertutup pintar yang anda mahukan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iCamPro Deluxe – Kamera Litar Tertutup Yang Hanya Perlu Disambung Pada Soket Lampu Biasa"