Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mungkin Menggunakan Undian Atas-Talian Untuk Nama Android N

Untuk para peminat Android, salah satu perkara yang sering dinantikan adalah pengumuman nama baru untuk Android setiap kali versi baru diperkenalkan. Google buat masa ini telah memperkenalkan Android 6.0 yang dinamakan sebagai Marshmallow, dan kini dalam persediaan dan pembangunan Android versi seterusnya yang akan dimulakan dengan huruf “N”.

Sundar Pichai

Bercakap mengenainya secara ringkas pada satu acara di India, Sundar Pichai, CEO Google mengatakan mereka mungkin menggunakan bancian dan undian berasaskan atas-talian untuk memilih nama Android N.

Buat masa ini, Sundar hanya sekadar mengatakan “MUNGKIN” sahaja, dan masih ada kemungkinan mereka tidak melakukannya pada versi N, dan mungkin menangguhkan ia untuk versi akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Mungkin Menggunakan Undian Atas-Talian Untuk Nama Android N"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info