Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 8 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 11 Julai

Honor Malaysia sebelum ini telah hadir dengan beberapa teaser untuk telefon pintar Honor 8 Pro mengatakan ia bakal dipasarkan di Malaysia bermula Julai ini. Hari ini, pengeluar telefon pintar berkenaan turut telah mula menghantar jemputan media untuk pelancaran Honor 8 Pro secara rasmi di Malaysia pada 11 Julai kelak.

Honor 8 Pro merupakan salah satu peranti berspesifikasi tinggi daripada Honor, hadir dengan skrin QHD bersaiz 5.7-inci, cip Kirin 960, memori 6GB RAM, dan penggunaan dwi-kamera 12-megapixel dibahagian belakang. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh untuk memastikan ia berjalan lancar sepanjang hari.

Harga jualan dan tarikh penawaran dijangka diumumkan pada tarikh sama. Beberapa desas-desus hadir sebelum ini mengatakan ia berkemungkinan berharga antara RM1999 atau RM2099.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 8 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 11 Julai"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info