Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Surface Pro 4 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM3999

Komputer tablet Microsoft Surface Pro 4 dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini. Pihak Microsoft membawa masuk enam model berbeza tablet yang dikatakan mampu mengambil alih tugas komputer riba biasa. Keenam-enam model diperkasakan dengan pemproses Intel Core M, Core i5 dan Core i7. Dari segi muatan dalaman pula pengguna boleh memilih saiz 128, 256 dan 512 Gigabyte. Harga jualan bermula dari RM 3999 untuk model Intel Core M, RAM sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalaman 128 Gigabyte. Untuk model dengan spesifikasi tertinggi Intel Core i7, RAM sebesar 16 Gigabyte dan muatan dalaman 512 Gigabyte pula harga jualan mencecah RM 9799. Sebatang Surface Pen disertakan sekali oleh Microsoft dengan setiap pembelian.

Surface PRo 4 Malaysia 1

Microsoft turut mengumumkan harga jualan aksesori lain Surface Pro 4 di dalam majlis pelancaran hari ini. Type Cover dijual pada harga RM 529 dengan pilihan warna hitam, biru dan biru gelap. Dok khas Surface Pro 4 pula dijual pada harga RM 789 sebuah. Sekirnya anda mahu membeli Surface Pen pula, ianya dijual pada harga RM 259 dengan empat pilihan warna iaitu merah, perak, biru dan hitam. Kit empat mata pena khas pelbagai saiz turut boleh dibeli dengan harga RM44. Pembelian boleh dilakukan bermula hari ini menerusi portal jualan rasmi Microsoft Malaysia di Lazada. Pembelian dari penjual rasmi Microsoft lain akan bermula minggu hadapan.

Surface Pro 4 20151119_114344

Surface Pro 4 20151119_112056 Surface Pro 4 20151119_112222 Surface Pro 4 20151119_112300 Surface Pro 4 20151119_112308 Surface Pro 4 20151119_112230

Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Surface Pro 4 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM3999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info