Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Memperlihatkan Pembesar Suara Bersaiz Kompak Yang Terapung Di Udara

Bersempena dengan CES 2017, pihak LG telah sedia mengumumkan sejumlah telefon pintar berspesifikasi pertengahan pada minggu lepas. Kini, selain daripada hanya telefon pintar, pihak LG turut memperlihatkan sebuah pembesar suara berasaskan Bluetooth, yang hadir dengan rekaan terapung di udara.

LG Speaker Terapung

LG memanggilnya sebagai PJ9, dan ia menawarkan audio 360-darjah melalui sebuah pembesar suara yang terapung diatas stesyen tersendiri. Melengkapkan pembesar suara ini juga adalah sokongan kalis air yang membolehkan anda mendengar lagu dalam air pada kedalaman sehingga 1 meter.

LG menjanjikan masa penggunaan selama 10 jam melalui pengecasan bateri penuh, dan speaker berkenaan akan kembali ke stesen apabila bateri habis untuk pengecasan kembali.

Pihak LG akan mempertontonkan pembesar suara ini secara rasminya pada CES 2017 kelak. Berkemungkinan ia akan dipasarkan di beberapa negara terpilih sahaja pada 2017 kelak.

LG Speaker Terapung



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Memperlihatkan Pembesar Suara Bersaiz Kompak Yang Terapung Di Udara"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info