Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Iran Memperlihatkan Robot Mereka – Surena III

Pelbagai negara dan universiti, mahupun syarikat yang kini membuat pelaburan dalam pembangunan pembelajaran mesin dan juga robot. Iran turut tidak ketinggalan, dan Universiti Tehran kini telah pun memperlihatkan robot berbentuk manusia mereka dinamakan sebagai Surena III.

Surena III

Surena III setinggi 1.9 meter, dan seberat 98kg. Ia menggunakan beberapa sensor terbina, termasuk modul 3D berasaskan Kinect, selain lebih kurang 31 servomotor. Surena III turut menggunakan sistem operasi ROS untuk mengawal beberapa fungsinya.

Daripada demo yang diperlihatkan, ia memperlihatkan Surena III yang boleh berjalan, mengambil barang dan berinteraksi dengan manusia. Surena ini masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan masih lagi perlu melalui pelbagai fasa pembangunan sebelum ia dilesenkan atau dipasarkan.

Surena III ini boleh dikatakan masih menawarkan kawalan yang terhad berbanding beberapa robot lain di pasaran – tetapi boleh dikatakan ia merupakan salah satu perkembangan yang menarik dalam arena robotik.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Iran Memperlihatkan Robot Mereka – Surena III"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info