Kamera Holga mula dicipta oleh T.M Lee pada tahun 1981 untuk kegunaan golongan pekerja di Hong Kog. Kamera yang sedia ada pada waktu tersebut adalah terlalu mahal untuk dimiliki golongan proletariat koloni British pada waktu itu. Kamera Holga dengan binaan dan lensa plastik dijual pada harga mesra rakyat. Ianya semakin popular apabila mula dijual ke seluruh dunia. Peminat fotografi yang tidak mampu memiliki kamera mahal menjadikan kamera ini sebagai kamera mereka kerana kekurangan pada gambar yang diambil dianggap sebagai karya seni.
Sejak lima tahun kebelakangan ini kamera analog seperti Holga dan Lomo kembali popular di kalangan peminat fotografi sejati. Penggunaan kamera dengan lensa yang tidak sempurna ini dikatakan menguji kehebatan mereka untuk mengambil gambar. Kamera digital yang wujud pada peranti dianggap terlalu arus perdana dan kamera menggunakan filem menjadi adalah aksesori penting individu yang menggelar diri mereka hipster.
Tetapi sekiranya anda masih mahukan mengambil gambar seperti sebuah kamera Holga tetapi tidak meminati format filem, kini ada lensa untuk DSLR anda. Wheel of Filter ialah dua lensa plastik dengan 18 lensa pelbagai guna. Terdapat pilihan penuras pelbagai warna dan juga lensa makro. Lensa ini boleh digunakan pada kamera DSLR Canon dan Nikon. Harga jualan satu set adalah $42. Kini anda masih boleh mengambil gambar seperti Holga tanpa membazir duit mencuci filem 120mm yang mahal.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Wheel Of Filters – Lensa Holga Untuk Kamera DSLR"