Microsoft pada minggu ini bakal memperkenalkan beberapa peranti Windows 10 Mobile baru mereka, termasuk Lumia 950 dan juga Lumia 950 XL. Selain daripadanya, Microsoft juga turut bakal memperkenalkan peranti Lumia berspesifikasi pertengahan dinamakan Lumia 550. Terkini, ia turut dilaporkan satu lagi peranti turut sedang dalam pembangunan oleh syarikat gergasi perkomputeran berkenaan.
Menurut laporan awal, Microsoft dikatakan sedang membangunkan peranti berspesifikasi pertengahan dengan rekaan bingkai logam – lebih kurang seperti Lumia 930.
Dengan spesifikasi pertengahan, ia mungkin tidak menarik minat yang ramai – tetapi dengan rekaan bingkai logam, ia mungkin memberikan pengalaman premium kepada pengguna yang mendapatkannya.
Peranti ini dijangka hadir dalam beberapa bulan lagi, dan Microsoft mungkin lebih memfokuskan kepada pemasaran Lumia 950 dan Lumia 950 untuk masa terdekat ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Sedang Membangunkan Peranti Lumia Berspesifikasi Pertengahan Dengan Rekaan Bingkai Logam"