Sembang Maniac

Sembang-sembang je

IBM Mengumumkan Kaedah Baru Dalam Menjadikan Cip Dan Transistor Lebih Kecil

ibm-logoRekaan komputer dan peranti mudah-alih semakin mengecil dari dulu sehingga ke hari ini. Salah satu faktor dalam menjayakannya adalah kerana rekaan cip yang lebih efisyen dan bersaiz kecil berbanding asalnya. Terkini, pihak IBM mengumumkan mereka telah menemui penggunaan teknologi carbon nanotube dalam menjadikan cip lebih kecil dan berkuasa berbanding sebelumnya.

Menurut IBM, mereka berjaya menghubungkan carbon nanotube – yang mana merupakan rekaan atom karbon yang digulungkan menjadi silinder – kepada transistor silikon. Melalui penemuan kajian IBM ini, mereka berjaya mengurangkan daya rintangan diantara kedua-duanya, sekaligus tidak memberikan kesan kepada penggunaan tenaga, tetapi pada masa yang sama menjadikan ia bersaiz lebih kecil.

Walaubagaimanapun, IBM masih mempunyai beberapa kajian lanjutan yang perlu dilakukan dan ia akan memakan masa bertahun-tahun lagi sebelum kita melihat penggunaan teknologi ini pada peranti pengguna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "IBM Mengumumkan Kaedah Baru Dalam Menjadikan Cip Dan Transistor Lebih Kecil"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info