Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Akan Memancar Internet Percuma Di Afrika Pada 2016

Facebook sebelum ini pernah berkongsi perancangan mereka untuk ingin menyediakan beberapa satelit di orbit, yang mana akan memancar internet asas kepada pengguna untuk membolehkan pengguna kekal berhubung, selain menawarkan akses percuma kepada negara-negara membangun.

Terkini, laman sosial gergasi berkenaan telah pun mengumumkan kerjasama dengan Eutelsat, dan akan menggunakan salah satu satelit sedia ada untuk menawarkan akses internet percuma di Afrika. Facebook dan rakan kerjasama mereka ini dijangka akan menawarkannya bermula penghujung 2016 kelak.

Facebook akan menggunakan satelit AMOS-6 yang bakal dilancarkan, dimana ia akan turut disertakan dengan sokongan sistem untuk menawarkan akses internet terus kepada sejumlah besar pengguna di Afrika. Menggunakan satelit, Facebook menyasarkan untuk meliputi kawasan pedalaman yang biasanya sukar untuk dicapai oleh talian internet biasa.

Perkhidmatan internet ini kelak akan ditawarkan melalui Internet.org, yang mana menyediakan akses kepada sejumlah perkhidmatan dalam membolehkan pengguna kekal berhubung, selain mendapatkan informasi semasa. Facebook turut dijangka akan bekerjasama dengan beberapa pihak lain di Afrika dalam menjayakan penawaran ini kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Akan Memancar Internet Percuma Di Afrika Pada 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info