Kemaskini iOS 9 baru sahaja boleh dimuat turun semalam. Jutaan peranti keluaran Apple kini boleh menggunakan sistem operasi terkini. Hari ini laporan dari Mixpanel mengatakan tahap penggunaan iOS 9 sudahpun mencecah 12% dalam masa hanya 24 jam. Di atas kertas ini mungkin kelihatan seperti angka yang kecil tetapi sebenarnya tidak. Sistem operasi Android Lollipop contohnya mengambil masa lebih tujuh bulan sebelum mencecah peratusan yang sama seperti iOS9 hari ini.
Sungguhpun begitu kadar penggunaan iOS9 dalam masa 24 jam ini lebih rendah berbanding iOS8 yang mencecah 16% dalam jangka masa yang sama. Jumlah yang lebih rendah ini adalah kerana ramai pengguna di Amerika Syarikat mengalami masalah melakukan kemas kini secara OTA. Ramai menerima mesej “Sofware Update Fail” selepas kemas kini dimuat turun. Di Malaysia kami masih belum melihat sebarang pengguna melaporkan masalah ini. Ini mungkin adalah kerana server kemas kini di Amerika Utara dibebani permintaan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami masalah ini sila lakukan kemas kini menggunakan iTunes. Ini terbukti menyelesaikan masalah kemas kini gagal dilakukan.
Kepada yang sudah melakukan kemas kini apakah pendapat anda mengenai iOS9? Adakah ia sebaik yang anda jangkakan. Dari maklum balas rawak di Twitter sebentar tadi kami mendapati ramai yang masih belum melakukan kemas kini kerana ingin melihat sama ada wujud masalah pepijat ataupun tidak.Ada juga turut mendakwa hayat bateri berkurangan mendadak pada iPhone milik mereka.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penggunaan iOS 9 Sudah Mencecah 12% Dalam Masa Hanya 24 Jam"