Asus Zenfone 2 ZE551ML ialah versi paling berkuasa keluarga Zenfone 2 kerana dilengkapi RAM sebesar 4 Gigabyte. Versi ini hadir hanya dengan muatan dalaman sebesar 32/64 Gigabyte dengan harga jualan RM 1099/1299. Ini meletakkannya sebagai antara peranti dengan jumlah RAM yang besar termurah di pasaran. Tetapi sekiranya anda merasakan harga jualan ini masih belum cukup mampu milik, Asus baru sahaja mengumumkan sebuah Zenfone 2 RAM 4 Gigabyte dengan muatan dalaman 16 Gigabyte.
Zenfone 2 ZE551ML-18-4G16GN ialah nama model rasmi peranti ini. Ia mempunyai dua kali ganda lebih banyak RAM berbanding Zenfone 2 ZE550ML. Ia diperkasakan pemproses Intel Atom Z3560 1.8 GHz empat teras, skrin 5.5″, kamera utama 13 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Buat masa ini model ini nampaknya hanya ditawarkan untuk pasaran Amerika Utara dengan harga jualan $229 (RM 972) sebuah. Bilakah atau adakah ia akan memasuki pasaran Malaysia belum kami ketahui tetapi kami sedang mendapatkan maklum balas wakil Asus di Malaysia mengenai perkara ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone 2 RAM 4 Gigabyte Kini Muncul Dengan Muatan Dalaman 16 Gigabyte"