Sembang Maniac

Sembang-sembang je

TM Menyambut Ulang-Tahun Pertama TMgo Dengan Penawaran Kuota Tambahan 1GB Percuma Untuk Tambah Nilai RM30

Perkhidmatan TMgo – iaitu perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih berkelajuan tinggi daripada Telekom Malaysia telah diperkenalkan secara rasminya pada tahun lepas, 8 Ogos. Hari ini, bersempena dengan ulang-tahun pertama untuk perkhidmatan tersebut, Telekom Malaysia hadir dengan sebuah promosi ringkas untuknya.

TMgo Ulang-Tahun Pertama

Bersempena dengan ulang-tahun pertama, Telekom Malaysia menawarkan data tambahan percuma sebanyak 1GB apabila pengguna membuat tambah-nilai RM30 atau RM50 antara hari ini (8 Ogos) sehingga 15 Ogos ini.

TMgo Ulang-Tahun Pertama

Walaupun promosi ini tidak mungkin menarik minat ramai, teapi mungkin ia akan disukai oleh para pengguna perkhidmatan TMgo – apatah lagi memandangkan perkhidmatan ini beroperasi dengan berdasarkan kepada penggunaan kuota.

Bagi anda yang tidak mengenali akan TMgo, ia telah dilancarkan di Kedah pada 8 Ogos 2014 lepas dengan fokus untuk menawarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi ke kawasan-kawasan yang tidak disokong oleh UniFi.

Sehingga kini, sejumlah 9 buah negeri telah menerima sokongan TMgo. Negeri yang masih tidak menerima lagi perkhidmatan ini buat masa ini adalah Johor, Perlis, Pulau Pinang, dan Terengganu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "TM Menyambut Ulang-Tahun Pertama TMgo Dengan Penawaran Kuota Tambahan 1GB Percuma Untuk Tambah Nilai RM30"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info