Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nvidia Memperlihatkan Trailer MGS V Pada Resolusi 4K Untuk PC

Metal Gear Solid V The Phantom Pain menyokong resolusi sehingga 4K 60 FPS pada platform PC. Ini adalah jauh lebih baik berbanding hanya 1080P pada PlayStation 4. Sementara itu pada Xbox One ia terhad kepada 900P. Nvidia memperlihatkan kualiti video MGS V pada resolusi 4K menerusi trailer di bawah.Ianya dihasilkan sepenuhnya menggunakan grafik sebenar (real time) dari PC dengan kad grafik Nvidia. Jika anda mahu melihat sendiri kualiti grafik MGS V pada PC berprestasi tinggi, inilah peluang anda. Kami masih tidak mampu memiliki komputer dengan spesifikasi tinggi kerana kekurangan dana. Konsol PlayStation 4 adalah sudah memadai bagi sidang redaksi Amanz. Anda pula bagaimana? Setelah menonton trailer ini adakah akan membeli PC baru bagi memainkannya “the way it meant to be played” menurut slogan Nvidia?

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nvidia Memperlihatkan Trailer MGS V Pada Resolusi 4K Untuk PC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info