Samsung Malaysia selain daripada melancarkan tablet Galaxy Tab S2 di Malaysia, mereka turut sama memperkenalkan perkhidmatan penstriman muzik mereka dinamakan sebagai Milk Music. Perkhidmatan penstriman muzik seumpama Spotify, Deezer dan sebagainya ini ditawarkan secara percuma untuk pelanggan dan pengguna peranti Samsung.
Melalui penawaran penstriman percuma, pengguna boleh menikmati lebih 200 stesyen radio percuma, selain memilih genre lagu pilihan dan sebagainya. Penawaran percuma hadir dengan sokongan iklan, dan pengguna hanya boleh langkau lagu sebanyak enam kali sahaja.
Pengguna boleh membuat penaik-tarafan kepada langganan premium pada harga langganan sebanyak RM9.99 sebulan. Melalui langganan premium, beberapa ciri-ciri tambahan yang ditawarkan termasuklah bebas iklan, sokongan audio berkualiti tinggi, kebolehan mendengar lagu secara offline, dan melangkau lagu seberapa kali yang dikehendaki.
Jika anda menggunakan peranti Samsung Galaxy, anda boleh memuat-turun aplikasi Milk Music ini dari Google Play Store dan menggunakannya untuk mendengar lagu secara percuma.
Terima kasih Nicholas King untuk gambar.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Milk Music Dilancarkan Di Malaysia – Perkhidmatan Penstriman Muzik Percuma Dengan Langganan Premium Bulanan RM9.99"