Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Tab S2 Dilancarkan – Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari, Harga Bermula RM1699

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah pun melancarkan sebuah lagi keluarga tablet baru untuk pasaran tempatan, iaitu Galaxy Tab S2. Samsung Galaxy Tab S2 hadir dalam dua variasi saiz, iaitu bersaiz 8-inci dan juga 9.7-inci.

Galaxy Tab S2

Galaxy Tab S2

Untuk makluman, Galaxy Tab S2 atau lebih ringkas, keluarga Galaxy Tab S memfokuskan kepada menikmati kandungan multimedia pada tablet. Untuk tujuan tersebut, bagi pelancaran Galaxy Tab S2 di Malaysia, Samsung Malaysia bekerjasama dengan iFlix untuk menawarkan langganan percuma selama 12 bulan.

Disamping itu, Galaxy Tab S2 turut hadir dengan perisian Microsoft Office terbina, dan langganan storan percuma 100GB selama dua tahun. Samsung sendiri menawarkan Milk Music untuk pengguna mendengar muzik percuma melaluinya.

Untuk tujuan sekuriti tambahan, Galaxy Tab S2 turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari yang mana membolehkan pengguna untuk menetapkan sekuriti tambahan untuk tablet berkenaan.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Tab S2 hadir dengan cip pemprosesan lapan teras (empat teras 1.9Ghz + empat teras 1.3Ghz), memori 3GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2.1-megapixel. Hanya versi LTE sahaja ditawarkan di Malaysia, dan kedua-dua variasi Galaxy Tab S2 hadir dengan memori 32GB serta kebolehan untuk memperluaskannya dengan mikro-SD.

Di Malaysia, Galaxy Tab S2 dijual pada harga RM1699 untuk versi 8-inci, sementara versi 9.7-inci pula berharga RM1999. Samsung turut menyediakan beberapa aksesori tambahan seperti papan kekunci dan kerangka pelindung untuk tablet ini.

Galaxy Tab S2


Terima kasih untuk Nicholas King untuk gambar.

Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Tab S2 Dilancarkan – Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari, Harga Bermula RM1699"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info