Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti Snapdragon 820 Akan Datang Pada 2016 – Bakal Hadir Dengan Grafik Yang Lebih Baik

SnapdragonQualcomm hari ini berkongsi maklumat pertama mengenai cip pemprosesan Snapdragon 820 – memfokuskan kepada sokongan grafik pada pemprosesan berkenaan. Snapdragon 820 akan dilengkapi dengan Adreno 530 – dikatakan menawarkan sokongan prestasi grafik 40% lebih baik daripada generasi sebelumnya.

Menurut Qualcomm, Adreno 530 ini membawakan paparan grafik yang lebih diperkaya, selain prestasi perkomputeran yang tinggi. Pengguna juga turut boleh menggunakan peranti untuk masa yang lama ketika memainkan permainan dan sebagainya memandangkan Adreno 530 menggunakan tenaga kurang sehingga 40% berbanding sebelumnya.

Disamping grafik, Qualcomm juga menambah baik sokongan kamera pada Snapdragon 820, dimana ia akan hadir dengan ISP terkini Qualcomm Spectra.

Qualcomm mengatakan peranti menggunakan Snapdragon 820 yang dilengkapi Adreno 530 ini akan hadir ke pasaran sekitar pertengahan pertama 2016 kelak. Qualcomm sendiri dilihat akan berkongsi lanjut mengenai fungsi-fungsi dan teknologi yang hadir pada cip tersebut sedikit demi sedikit sepanjang tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Snapdragon 820 Akan Datang Pada 2016 – Bakal Hadir Dengan Grafik Yang Lebih Baik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info