Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nexus Baru Daripada Huawei Dan LG Dijangka Menyertakan Speaker Hadapan, Pengimbas Cap Jari, Dan USB Type-C

Google pada setiap pengenalan peranti Nexus, akan memilih salah satu pengeluar, dan bekerjasama dengan mereka untuk hadir dengan telefon atau tablet. Untuk tahun ini, pelbagai desas-desus mengatakan Google memilih Huawei dan LG untuk hadir dengan telefon pintar Nexus 2015.

Seperti semua sedia maklum, desas-desus dan pelbagai ura-ura berkaitan pengenalan telefon LG Nexus dan Huawei Nexus telah kedengaran sebelum ini.

LG Nexus dikatakan akan hadir dengan skrin 5.2-inci, sementara Huawei Nexus pula dijangka akan menyertakan skrin 5.7-inci.

Kedua-dua telefon pintar berasaskan Android M ini kelak bakal menggunakan rekaan logam untuknya, selain turut mengintegrasikan beberapa fungsi menarik.

Mengikut info tertiris yang baru, Huawei Nexus dan juga LG Nexus ini bakal menggunakan speaker hadapan – seperti pada peranti HTC sebelum ini, sekaligus menjadikan rekaan peranti sedikit panjang berbanding sebelum-sebelum ini.

Disamping itu, dengan sokongan pengimbas cap jari pada Android M, kedua-dua telefon keluaran LG dan Huawei dijangka akan mengintegrasikannya, selain turut menggunakan port pengecasan dan hubungan ke komputer berasaskan USB Type-C.

Buat masa ini, pihak Google masih tidak mengumumkan lagi bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya. Mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan bersama-sama Android M sekitar bulan September atau Oktober tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nexus Baru Daripada Huawei Dan LG Dijangka Menyertakan Speaker Hadapan, Pengimbas Cap Jari, Dan USB Type-C"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info