Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iFlix dan Samsung Malaysia Bekerjasama Membawakan Langganan Percuma Untuk Peranti Mudah-Alih

iFlix merupakan salah satu laman perkhidmatan penstriman video membawakan pelbagai kandungan siri televisyen dan filem kepada pengguna pada harga langganan bulanan sebanyak RM 8 sebulan. Pada hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan Samsung Malaysia, dan untuk setiap peranti mudah-alih baru dari Samsung bakal membawakan langganan percuma iFlix.

Melalui kerjasama ini, aplikasi iFlix akan siap terpasang pada peranti mudah-alih Samsung yang terpilih dan pembeli akan mendapat langganan iFlix bergantung kepada kelasnya. Bagi peranti tablet Samsung yang baru dijual iaitu Galaxy Tab S2, pengguna akan memperoleh langganan iFlix secara percuma untuk 12 bulan. Manakala bagi peranti yang lain, untuk peranti flagship pengguna akan memperoleh langganan selama 6 bulan dan bagi peranti baru yang lain akan memperoleh langganan percuma selama 3 bulan.

Dengan kerjasama sebegini ia semestinya memberikan faedah buat kedua belah pihak baik Samsung dan juga iFlix namun yang paling mendapat faedah semestinya pengguna kerana bukan sahaja mendapat peranti baru, malah banyak kandungan hiburan yang percuma sedia untuk dinikmati.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iFlix dan Samsung Malaysia Bekerjasama Membawakan Langganan Percuma Untuk Peranti Mudah-Alih"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info