Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Board 2 – Papan Kekunci Tanpa Wayar Diperbuat Daripada Kayu

Papan kekunci adalah alat input yang penting untuk menaip. Papan kekunci yang baik akan memudahkan proses melakukan kerja dan terdapat pelbagai pilihan di pasaran. Ada yang menggunakan suis mekanikal bagi memberikan input yang lebih jitu. Ada yang direka dengan lebih ergonomik bagi menghalang masalah RSI dari berlaku. Rekaan mungkin berbeza tetapi kesemuanya menggunakan plastik sebagai bahan binaan. OréeBoard 2 cuba melakukan perubahan dengan menggunakan kayu.

Board-1

Papan kekunci Orée Board 2 diperbuat daripada kayu maple dan walnut. Ia boleh ditambat kepada 5 peranti serentak menggunakan teknologi Bluetooth. Selain peranti pintar ia turut sesuai digunakan oleh komputer Windows dan Macintosh. Setiap perkataan dan simbol pada Board 2 diukir menggunakan laser bagi memastikan ia tidak mudah terpadam. Anda turut boleh memilih empat muka taip berbeza untuk diukir pada kekunci Board 2. Ia memerlukan hanya dua bateri AA untuk berfungsi. Setiap Board 2 dijual pada harga $190 sebuah.

Board-2

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Board 2 – Papan Kekunci Tanpa Wayar Diperbuat Daripada Kayu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info