Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MyTeksi Hadir Dengan GrabDurian – Membolehkan Anda Menempah Penghantaran Durian Pada Harga RM1

Semalam kita telah melihat penawaran Uber dengan Uber Ice Cream. Kini, MyTeksi turut tidak ketinggalan, dan telah pun mengumumkan penawaran GrabDurian daripada mereka untuk dua hari ini, iaitu pada 25 Julai dan juga 26 Julai. Melalui promosi ini, mereka menambah sebuah pilihan baru pada aplikasi mereka dengan dilabelkan sebagai GRABdurian.

GrabDurian

Untuk GRABdurian ini, MyTeksi hanya menawarkan ia sekitar Lembah Klang sahaja, dimana ia diterhadkan kepada 100 penghantaran sahaja sehari. Caj sebanyak RM1 akan dikenakan untuk penghantaran, dan pengguna mungkin perlu menantikan sehingga sejam untuk menerimanya selepas semuanya disahkan.

Bagi anda yang meminati durian, mungkin anda boleh mencuba nasib anda dengan GRABdurian untuk dua hari ini melalui aplikasi MyTeksi – dimana ia ditawarkan antara pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MyTeksi Hadir Dengan GrabDurian – Membolehkan Anda Menempah Penghantaran Durian Pada Harga RM1"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info