Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC 10 Bakal Menyertakan “BoomSound Terbaik Pernah Dihasilkan”

Tinggal tujuh hari sahaja lagi sebelum HTC 10 akan dilancarkan secara rasmi. Beberapa teaser telah dihasilkan oleh HTC yang menunjukkan beberapa penekanan yang mereka lakukan pada kualiti binaan dan juga kemampuan kamera bertaraf dunia peranti utama terkini mereka ini. Semakin hampir kepada pelancaran, semakin banyak teaser diperlihatkan. Hari ini HTC mengeluarkan video pendek tentang kemampuan audio peranti ini pula.

Menerusi video ini, HTC menjanjikan kemampuan audio yang terbaik menerusi sistem BoomSound ciptaan mereka. Nampaknya HTC 10 akan menyokong sistem audio beresolusi tinggi yang kini menjadi piawai peranti-peranti utama di pasaran. Kualiti audio yang baik ialah antara kekuatan peranti keluaran mereka dan jika ia dipertingkatkan lagi sudah pasti akan meletakkan HTC 10 di posisi yang baik untuk bersaing dengan peranti lain di pasaran.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC 10 Bakal Menyertakan “BoomSound Terbaik Pernah Dihasilkan”"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info