Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Meizu Memperkenalkan Meizu M2 Note Secara Rasmi Di China

Meizu selepas hadir dengan beberapa teaser peranti baru sebelum ini, hari ini mereka secara rasminya memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan mereka, serta kemaskini kepada keluarga M1 Note sebelum ini – iaitu Meizu M2 Note.

Meizu M2 Note

Meizu M2 Note hadir dengan skrin bersaiz 5.5-ici denga paparan HD penuh, serta dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek lapan-teras 1.3Ghz, memori 2GB RAM, serta ruangan storan 32GB. Peranti ini turut menyertakan kamera berkapasiti 3100mAh – se

Untuk rakaman gambar, Meizu menyertakan kamera belakang 13-megapixel menggunakan sensor daripada Samsung, serta kamera hadapan 5-megapixel untuk rakaman selfie. Seperti sebelum ini, ia turut hadir dengan beberapa pilihan warna dan menggunakan binaan berasaskan polikarbonat supaya dapat mengekalkan kosnya pada harga rendah.

Meizu M2 Note

Meizu M2 Note hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini, dimana ia ditawarkan pada harga CNY799 (~RM476). Memandangkan Meizu pernah menawarkan Meizu M1 Note di Malaysia sebelum ini, tidak mustahil untuk kita melihat versi baru ini turut memasuki pasaran tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Meizu Memperkenalkan Meizu M2 Note Secara Rasmi Di China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info