Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Konsol PS4 Batman: Arkham Knight Edisi Terhad Boleh Di Pra-Tempah Bermula 5 Jun

Jika anda seorang peminat sesuatu karekter atau watak, kecintaan anda terhadapnya mungkin boleh diluahkan dengan cara memiliki figura, koleksi majalah, ataupun koleksi serta aksesori yang berkaitan dengan watak tersebut. Bagi anda yang meminati watak Batman dan juga permainannya Arkham Knight, konsol PlayStation 4 edisi terhad Batman: Arkham Knight akan dibuka pra-tempahannya pada hari Jumaat ini pada harga RM 1,829

Permainan PlayStaiton 4 Batman: Arkham Knight merupakan permainan keempat dan juga yang terakhir didalam siri Batman: Arkham. Seperti namanya, pemain akan membawakan watak adiwira Batman, bagi menentang kejahatan di kota Gotham. Permainan ini juga membawakan dunia terbuka dimana sebagai pemain anda bebas mengembara kota Gotham sama ada menggunakan Batmobile ataupun meluncur di langit.

3DBOX_BATMAN_ArkhamNight PS4

Konsol PlayStation 4 edisi terhad ini akan didatangkan dalam warna Steel Grey dengan faceplate yang mempunyai rekaan Batman: Arkham Knight. Peranti kawalan DualShock 4 juga akan hadir dengan warna tersebut. Selain dari itu, pembeli edisi terhad ini juga bakal menerima kandungan DLC percuma, langganan PS Plus percuma selama setahun serta jaminan tambahan untuk konsol tersebut.

Jika anda berminat dengan konsol PlayStation 4 Batman: Arkham Knight edisi terhad ini anda boleh melakukan pra-tempahan di kedai-kedai pengedar PlayStation yang sah pada hari Jumaat ini dan konsol esidi terhad ini bakal menemui pengguna pada 23 Jun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Konsol PS4 Batman: Arkham Knight Edisi Terhad Boleh Di Pra-Tempah Bermula 5 Jun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info