Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iFlix Mengumumkan Kerjasama Kandungan Dengan Disney

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video – lebih kurang seperti Netflix, tetapi memfokuskan kepada pengguna Malaysia. Mereka telah memperkenalkan perkhidmatan mereka sebelum ini dengan harga langganan bulanan sebanyak RM8 sebulan.

Melalui iFlix, terdapat beberapa kandungan video menarik yang boleh ditonton, termasuk drama dan juga filem. Terkini, mereka terus menambah penawaran mereka dengan mengumumkan kerjasama dengan pihak Disney, atau lebih tepat lagi, The Walt Disney Company Southeast Asia.

Kerjasama antara iFlix dan Disney ini sekaligus membawa kandungan daripada Disney ke perkhidmatan penstriman video berkenaan, termasuk daripada studio seperti Marvel Studios, ABC Studios, Buena Vista International dan juga TouchStone Pictures.

Antara filem yang akan disertakan melalui kerjasama ini adalah termasuk Thor, Iron Man 2, Real Steel, Armageddon, The Sixth Sense dan juga The Help. Sementara dari segi drama dan siri-TV pula, antara rancangan yang akan ditambah adalah termasuk Scandal, Agens of SHIELD, Revenge, Grey’s Anatomy, Criminal Minds dan juga Lost.

iFlix menawarkan perkhidmatan mereka bukan sahaja di web, tetapi turut menawarkan aplikasi khusus untuk Android dan juga iOS. Bagi anda yang mempunyai akses internet pantas dan ingin menikmati kandungan video menarik dengan mudah pada bila-bila masa, mungkin boleh menyemak kepada iFlix hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iFlix Mengumumkan Kerjasama Kandungan Dengan Disney"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info