Nokia diura-ura akan menjual bahagian HERE Maps kepada pembida yang tertinggi dalam masa terdekat, tetapi ini tidak menghalang mereka daripada terus menambah-baik penawaran perkhidmatan pemetaan mereka. Terkini, Nokia mengumumkan yang mana fungsi trafik masa-nyata pada Nokia HERE Maps meliputi lebih kurang 50 buah negara – termasuk Malaysia.
Fungsi trafik masa-nyata ini sedia hadir ke HERE Maps sejak sebelum ini, membolehkan pengguna melihat keadaan trafik semasa dalam perjalanan, dan merancang perjalanan mereka dengan lebih efektif.
Nokia mengatakan melalui kemaskini baru ini, selain hanya trafik masa-nyata sahaja, Nokia turut menambah sokongan paparan arah perjalanan yang berlawanan di beberapa lokasi. Sebagai contoh, di beberapa lokasi terdapat jalan berlawanan arah dibuka sementara ketika keadaan trafik yang sesak dalam mengurangkan kesesakkan jalan raya.
Berbeza dengan Waze yang mengumpulkan data daripada pengguna umum melalui perkongsian di aplikasi, untuk Nokia HERE Maps pula, Nokia mengumpulkan data daripada pelbagai sumber termasuk daripada probe dalam kenderaan serta peranti mudah-alih.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kini, Lebih 50 Buah Negara Diliputi Dengan Sokongan Trafik Masa-Nyata Pada Nokia HERE Maps"