Nokia 3310, peranti yang kononnya boleh terselamat dari serangan nuklear, boleh membunuh anjing dan sekiranya terjatuh ke atas permukaan bumi akan menyebabkan berlakunya gempa bumi. Ini semua adalah mitos yang dicipta sebagai jenaka untuk memperingati peranti Nokia yang paling terkenal rekaannya. Yang pasti bateri Nokia 3310 memang boleh bertahan selama seminggu sebelum perlu dicas. Sejak wujudnya telefon pintar peranti yang mampu bertahan selama seminggu sebelum perlu dicas belum mampu dihasilkan.
Oukitel, sebuah pengeluar peranti dari China mengumumkan mereka akan menghasilkan telefon pintar pertama yang mampu bertahan selama seminggu. Peranti yang masih belum diberikan nama rasmi ini dilengkapi bateri sebesar 10000 mAh. Ini bersamaan dengan hampir 6 kali ganda kapasiti bateri iPhone 6 dan 3 kali ganda kapasiti bateri Xperia Z3. Maklumat terperinci mengenai spesifikasi dan saiz skrin peranti ini masih rahsia. Apa yang diketahui ialah ia akan menggunakan sistem operasi Android 5.1.
Kegilaan menghasilkan peranti dengan kapasiti bateri luar biasa ini semakin popular di China. Bulan lalu Innos memperlihatkan peranti D6000 dengan bateri berkembar 6000 mAh dan BluBoo X550 pula mempunyai bateri 5300 mAh. Ketiga-tiga peranti ini mempunyai satu persamaan iaitu ianya jauh lebih tebal dari kebanyakan peranti pintar yang ada di pasaran sekarang. Adakah anda sanggup membeli peranti yang tebal semata-mata untuk mempunyai kemampuan bateri yang tahan lama? Kongsikan pendapat anda di bawah
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telefon Pintar Dengan Bateri 10 000 mAh Akan Dihasilkan oleh Oukitel"