Terdapat pelbagai teknologi dibangunkan bagi memudahkan kehidupan OKU penglihatan di seluruh dunia. Di Malaysia ada wayang khas untuk OKU di Brickfields. Di Sepanyol teknologi cetakan 3D digunakan bagi membolehkan OKU penglihatan melihat lukisan klasik secara sentuhan. Sebuah lagi teknologi terkini sedang dibangunkan oleh Universiti Birmingham City United Kingdom.
XploR ialah tongkat pintar OKU penglihatan yang menggunakan teknologi pengenalan wajah (facial recognition). Terdapat kamera pada hujung tongkat yang mengesan wajah individu di sekitar pengguna. Apabila ia mengesan wajah individu yang dikenali oleh pengguna, ia akan memberikan maklumat kepada pengguna. Teknologi GPS terbina pula membantu OKU bergerak ke arah individu yang dikenali. Jadi buat pertama kali dalam sejarah dunia OKU penglihatan boleh menegur teman yang ditemui ketika berjalan tanpa ditegur terlebih dahulu. Sama seperti kehidupan manusia normal.
XploR dihasilkan oleh Steve Adigbo, Waheed Rafiq dan Richard Howlett pelajar bidang IT di Universiti Birmingham City. Tongkat pintar XploR menurut mereka dapat mengesan wajah individu dari jarak 10 meter. Pangkalan data wajah yang individu yang dikenali oleh pengguna tongkat pintar ini disimpan di dalam peranti pintar yang dibawa. Sebuah lagi penggunaan teknologi bagi memudahkan kehidupan orang kurang upaya. Di masa hadapan Insya Allah OKU tidak lagi memerlukan bantuan kerana mampu hidup normal seperti insan biasa. Tiada lagi stigma boleh dikaitkan dengan OKU. Ini adalah utopia yang harus kita sama-sama segerakan selari dengan Wawasan 2020.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "XploR : Tongkat Pintar Membantu OKU Penglihatan Melihat Rakan Mereka"