Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo R7 Tertiris Dalam Video Iklan – Turut Memperlihatkan Oppo R7 Plus Dengan Pengimbas Cap Jari

Oppo menjadualkan acara pengenalan peranti baru mereka pada penghujung bulan ini, dimana mereka bakal memperkenalkan Oppo R7. Menariknya, Oppo bukan hanya akan memperkenalkan satu peranti sahaja, sebaliknya akan turut memperkenalkan satu lagi peranti dibawah keluarga sama dinamakan sebagai Oppo R7 Plus.

Oppo R7 Plus

Melalui desas-desus awal, Oppo R7 dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5-inci, dan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 615 serta memori 3GB RAM. Oppo juga turut dijangka akan melengkapkan telefon pintar ini dengan kamera 20.7-megapixel pada bahagian belakang, serta sokongan khusus seperti pengecasan pantas VOOC.

Selain peranti bersaiz biasa, Oppo juga turut dilihat akan memperkenalkan phablet dibawah keluarga sama, dinamakan sebagai Oppo R7 Plus. Ia membawakan skrin yang lebih besar, dan pada bahagian belakangnya ia dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari. Info penuh mengenai Oppo R7 Plus masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Oppo R7 Plus

Oppo R7 Plus

Oppo menjadualkan pengenalannya pada 20 Mei ini, dan pelancaran di Malaysia dijangka akan dilakukan beberapa hari selepas pengumuman rasmi global.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo R7 Tertiris Dalam Video Iklan – Turut Memperlihatkan Oppo R7 Plus Dengan Pengimbas Cap Jari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info