Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kyocera Torque G02 : Peranti Tahan Air Laut Pertama Dunia

Kyocera bukan nama yang besar di dalam arena peranti pintar di Malaysia. Di negara kita syarikat Jepun ini lebih dikenali kerana mesin pencetak kegunaan pejabat mereka. Peranti yang paling terkenal yang mereka hasilkan sebelum ini ialah Echo yang mempunyai dua skrin yang boleh dilipat. Di Jepun mereka baru sahaja melancarkan Kyocera Torque G02, telefon pintar Android tahan lasak yang mempunyai ketahanan air laut pertama di dunia. Selain daripada itu ia juga tahan hentakan, beku, tekanan rendah, suhu panas melampau, kelembapan dan debu. Ia dengan mudah memenuhi standard ketahanan MIL-STD-810G  tentera Amerika Syarikat.

Torque G02 mempunyai skrin 4.5″ (720P) Dragontrail X, pemproses Snapdragon 400, RAM 2 GB dan muatan dalaman 16 GB. Kemampuan optik ialah 13 MP pada kamera belakang dan 5 MP pada kamera hadapan. Terdapat mod khas di dalam air bagi menyerlahkan lagi gambar yang diambil.  Pembesar suara  Torque G02 mampu berdering pada kelantangan 100 desibel yang memastikan anda dapat mendengar panggilan telefon ketika di dalam persekitaran yang bising. Akhir sekali telefon pintar ini turut menyokong pengecasan tanpa wayar. Harga masih belum diumumkan dan buat masa ini ia hanya akan dipasarkan di negara Jepun.

kyocera-torque-G02-1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kyocera Torque G02 : Peranti Tahan Air Laut Pertama Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info