Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Great Suspender Untuk Chrome Ingin Mengurangkan Penggunaan Memori Untuk Tab Yang Terbiar Lama

Bagi anda yang menghabiskan masa yang lama untuk membuat tugasan menggunakan web, ia sesuatu yang biasa untuk anda membiarkan sesuatu tab terbiar terbuka untuk suatu jangka masa yang lama. Mungkin ramai yang tidak ketahui, tetapi perkara ini membuatkan ia kekal menggunakan memori pada komputer anda, sekaligus memberikan impak kepada prestasi keseluruhan komputer anda.

Untuk mengatasi perkara ini, salah satu pemalam baru yang hadir adalah Great Suspender. Menggunakan pemalam ini, anda boleh membuat tetapan – sebagai contoh untuk “suspend” sesuatu tab jika tidak diakses atau digunakan untuk jangka-masa sekitar tiga puluh minit (anda boleh tetapkan antara 20 saat sehingga tiga hari pada halaman tetapan). Maka selepas jangka masa yang ditetapkan, tab tersebut akan di suspend, dan tidak lagi menggunakan memori pada komputer anda seperti kebiasaan.

Great Suspender Chrome

Walaubagaimanapun, untuk makluman, apabila tab anda ditetapkan sebagai suspend menggunakan pemalam ini, anda akan dikehendaki menyegar-semula (refresh) tab berkenaan untuk mengaksesnya. Beberapa kali kami cuba ia menarik daripada cache, tetapi terdapat beberapa laman yang tidak menyokong cache untuk tujuan ini.

Apa pun, bagi anda yang sering membuka puluhan tab pada komputer anda dan pada masa yang sama melakukan tugasan menggunakan komputer, mungkin boleh mencuba Great Suspender ini untuk menjimatkan penggunaan memori anda.

Great Suspender Chrome



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Great Suspender Untuk Chrome Ingin Mengurangkan Penggunaan Memori Untuk Tab Yang Terbiar Lama"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info