Terdapat beberapa aplikasi mudah-alih yang menawarkan sokongan untuk para pengguna memantau perbelanjaan mereka dengan mencatatkan jumlah wang masuk dan keluar. Kini, ia dilihat Bank Rakyat turut sedang dalam proses membangunkan aplikasi seumpamanya, dan mungkin dilancarkan tidak lama lagi.
Aplikasi yang dipanggil “Touch by Bank Rakyat” ini dijangka akan diperkenalkan untuk para pengguna peranti Android dan juga iPhone. Melaluinya, pengguna boleh mencatatkan pendapatan mereka, selain turut menambah pelbagai perbelanjaan – sekaligus memudahkan pengguna memantau wang keluar dan mengehadkan perbelanjaan mereka.
Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Bank Rakyat akan menghubungkan aplikasi ini kepada data di akaun simpanan Bank Rakyat untuk seseorang pengguna, sekaligus membuatkan pemantauan wang perbelanjaan lebih efektif lagi. Terdapat beberapa aplikasi di luar negara yang mengintegrasikan data simpanan dan perbelanjaan terus ke akaun bank, sekaligus turut memudahkan proses pemantauan, dimana pelbagai transaksi perbankan dicatatkan automatik ke aplikasi berkenaan.
Pihak Bank Rakyat masih tidak mengeluarkan sebarang info berkaitan bilakah aplikasi ini akan dilancarkan. Tetapi berdasarkan kepada teaser yang telah dimulakan pada laman sosial, mungkin kita akan melihatnya tidak lama lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bank Rakyat Bakal Hadir Dengan Aplikasi Untuk Memantau Perbelanjaan Dan Simpanan"