Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kini Anda Boleh Berkongsi Emoji Watak Star Wars Di Twitter

Twitter telah sekian lama membawakan sokongan perkongsian emoji. Malah, ketika acara piala dunia bola sepak, mereka turut memperkenalkan emoji berbentuk bendera negara untuk membolehkan para pengguna perkhidmatan sosial tersebut menyatakan sokongan menggunakan emoji.


Star Wars Twitter


Terkini, Twitter turut membawakan sokongan yang lebih kurang sama untuk para peminat filem Star Wars. Seperti ketika untuk piala dunia, pengguna boleh menggunakan hashtag nama watak, dan Twitter akan memaparkan sebuah emoji bersaiz kecil pada penghujung hashtag berkenaan.


Twitter mengatakan mereka bekerjasama dengan pihak Disney dan juga Lucasfilem dalam hadir dengan penawaran ini. Jika anda merupakan peminat Star Wars, anda boleh menggunakan hashtag nama watak Star Wars, sebagai contoh #StormTrooper, dan ia akan memaparkan sebuah emoji kecil bersama-sama Twitter anda.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kini Anda Boleh Berkongsi Emoji Watak Star Wars Di Twitter"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info