Umum tahu jenama Apple dan Samsung adalah seteru utama dalam industri telefon pintar di dunia dan berjaya menjadi pilihan pengguna sejak sekian lama, ditambah pula dengan isu saman menyaman antara keduanya yang melibatkan angka bilion dollar.
Dan disebalik isu saman yang dikenakan, mungkin ada yang tidak tahu kedua-dua jenama gergasi ini telah bekerjasama dengan paparan OLED yang digunakan pada iPhone sebenarnya dihasilkan oleh syarikat Samsung.
Paparan skrin yang berkualiti tinggi antara sebab yang membuatkan Apple menjadikan Samsung sebagai pilihan.
Terbaharu, selepas beberapa tahun sepi tanpa sebarang isu melibatkan saman, Apple dilaporkan terpaksa membayar denda kepada Samsung sebanyak $1 bilion (RM4.14 bilion) .
Puncanya, Apple telah melanggar perjanjian dalam memesan jumlah paparan skrin daripada Samsung yang lebih rendah daripada yang dijanjikan.
Pesanan paparan OLED yang rendah daripada Apple, antara lain disebabkan kurangnya pembelian iPhone sejak wabak COVID-19 mulai merebak sejak awal tahun 2020.
Ini bukanlah kali pertama Samsung menyaman Apple, begitu juga dengan syarikat Samsung yang pernah beberapa kali disaman oleh Apple.
Walau bagaimanapun, urusan bisnes antara dua syarikat ini tetap berjalan sehingga kini.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: thevocket

- Apple Inc Syarikat Pertama Bernilai AS$1 Trilion
- Apple Menang Saman Paten RM2 Bilion Keatas Samsung!
sumber: thevocket
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Bayar Denda RM4 Bilion Kepada Samsung!"