Minyak zaitun telah digunakan sejak beribu tahun dahulu terutamanya di kawasan Mediterranean dan Asia Barat sebagai bahan asas masakan dan sangat sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat usia dan jantina.
Namun, penggunaan suhu yang tinggi ketika memasak boleh mengurangkan zat dan khasiat Minyak Zaitun.
Minyak zaitun akan hilang khasiatnya jika dimasak melebihi suhu 190 darjah selsius (c), bagi tujuan memasak, dan anda disarankan menggunakan suhu kurang daripada itu.
Minyak zaitun tidak sesuai untuk masakan 'deep fry' seperti menggoreng ikan dan ayam atau sajian berempah, misalnya kari dan rendang.
JENIS-JENIS MINYAK ZAITUN
Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
Minyak zaitun paling berkhasiat adalah gred yang menjalani proses perahan pertama atau Extra Virgin Olive Oil (EVOO).
Perahan pertama ini bersifat antioksidan dan kaya polifenol, vitamin, asid lemak dan rasa terbaik, malah kadar asidnya kurang 0.8 peratus.
Harga EVOO ini adalah yang paling mahal dan sebaiknya diletakkan dalam botol kaca gelap untuk menjaga khasiatnya.
Virgin Olive Oil (VOO)
Kajian mendapati minyak zaitun perahan awal atau Virgin Olive Oil (VOO) juga mempunyai khasiat terbaik.
Minyak zaitun paling mahal diletakkan gas nitrogen di dalam botolnya bertujuan mengelak pengoksidaan hingga boleh menghilangkan polifenol antioksidannya.
VOO adalah gred kedua dengan kadar keasidan adalah di antara 0.8 hingga 2.2 peratus, lebih sesuai digunakan untuk memasak, harganya murah sedikit dan disimpan dalam botol gelap.
Minyak Zaitun Pomace dan Lampante
Bagi kategori minyak zaitun pomace dan lampante, hasil perahan buah sudah diekstrak minyaknya menggunakan bahan kimia.
Pilihan ini walaupun kualitinya tidak begitu baik berbanding EVOO dan VOO, namun boleh digunakan untuk memasak.
Bagi kategori ini, minyak berkenaan sesuai dijadikan bahan asas membuat sabun.
Anda disaran membeli minyak zaitun daripada pembekal diiktiraf bagi mengelak kekeliruan dari segi kualiti.
KUALITI MINYAK ZAITUN
Pada peringkat antarabangsa, kualiti minyak zaitun ditentukan badan akreditasi antarabangsa International Olive Oil Council (IOOC), berpangkalan di Sepanyol.
Cara Pengambilan Minyak Zaitun
Letak dalam sudu makan dan minum terus:
PERBEZAAN KHASIAT MINYAK ZAITUN DAN KELAPA DARA
Kandungan asid lemak utama
Minyak Zaitun:
Minyak kelapa dara:
Minyak zaitun:
Minyak kelapa dara:
KHASIAT DAN MANFAAT
Minyak zaitun:
Minyak kelapa dara:
Minyak zaitun:
Minyak kelapa dara:
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: bharian

- Minum satu sudu pagi dan satu sudu petang atau malam (boleh minum air selepasnya).
- Letak sebagai dressing dalam salad atau ulam.
- Renjis sedikit pada masakan seperti lauk, sayur-sayuran, telur dadar dan telur hancur.
- Gunakan ketika memasak pada suhu rendah untuk menggoreng telur mahupun merenih sayur.
PERBEZAAN KHASIAT MINYAK ZAITUN DAN KELAPA DARA
Kandungan asid lemak utama
Minyak Zaitun:
- Omega 9.
- Asid Oleik.
- Sifat anti radang.
Minyak kelapa dara:
- Asid laurik.
- Sifat anti radang.
- Kandungan Antioksidan
Minyak zaitun:
- Mengandungi hydroksitirosol, tirosil, oleocanthal, oleuropin.
- Vitamin E.
Minyak kelapa dara:
- Vitamin E, K dan choline.
KHASIAT DAN MANFAAT
Minyak zaitun:
- Mengawal keradangan kronik.
- Menurunkan kolesterol.
- Menurunkan berat badan.
- Mengurangkan risiko jantung, koronori, diabetes, kanser, alzheimer.
- Baik untuk kesihatan kulit.
- Awet muda.
Minyak kelapa dara:
- Mengawal keradangan kronik.
- Menurunkan kolesterol.
- Menurunkan berat badan lebih baik berbanding minyak zaitun.
- Sumber tenaga segera.
- Mengurangkan risiko sakit jantung, koronori, hipertensi, diabetes dan nyanyuk.
- Anti kulat.
- Meningkatkan sistem imuniti tubuh.
- Meningkatkan kesihatan kulit.
- Cara Penggunaan
Minyak zaitun:
- Minum terus sebagai salad dressing.
- Boleh dimasak tetapi pada suhu rendah kurang 190 darjah selsius.
Minyak kelapa dara:
- Boleh minum terus.
- Sangat stabil pada suhu tinggi dan sesuai dimasak dengan kaedah sajian tempatan.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: bharian
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Minyak Zaitun, Khasiat Dan Pantang Larang Penjagaannya"