Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dijangka Memperkenalkan Tema Gelap Baharu bersama macOS 10.14

Apple bakal mengadakan acara WWDC pada minggu hadapan, dan menariknya, kini info awal berkaitan macOS 10.14 dilihat tertiris ke arena web. Apple sendiri dilihat telah memuat-naik sebuah video pra-lihat 30 saat ke halaman API untuk Xcode Mac App Store, sekaligus memperlihatkan beberapa ciri baru yang akan hadir.

Melalui apa yang tertiris hari ini, macOS 10.14 dilihat akan hadir dengan sebuah tema gelap yang serba baru dan lebih menyeluruh berbanding sebelum ini.

Apple macOS Gelap

Pilihan tema gelap ini mungkin digemari ramai – apatah lagi ramai pembangun yang menghabiskan masa yang lama dihadapan komputer, dan inginkan lebih keselesaan kepada mata mereka.

Disamping itu, macOS 10.14 juga dijangka hadir dengan aplikasi Apple News dalam memudahkan anda mengikuti pelbagai berita melaluinya.

Apple akan mengadakan acara pengumuman pelbagai penawaran perisian baru pada WWDC minggu hadapan, dan seperti biasa, kami akan membawa info terkini daripada acara berkenaan kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dijangka Memperkenalkan Tema Gelap Baharu bersama macOS 10.14"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info