Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC U12+ Menerima Skor DxO Sebanyak 103 – Lebih Tinggi Banding iPhone X

DxOMark HTCHTC hari ini telah melancarkan HTC U12+ secara rasminya, dan seperti biasa, mereka turut telah mengeluarkan skor perbandingan DxOMark yang diterima oleh mereka. Daripada skor yang dikeluarkan, HTC U12+ menerima markah sebanyak 103.

Dengan skor baru ini, ia menduduki tangga kedua tertinggi setakat ini, hanya dibelakang Huawei P20 Pro. Ini sekaligus meletakkan HTC mendahului iPhone X, Galaxy S9 Plus dan juga model-model telefon lain.

Melalui ujian DxO juga, ia dilihat menawarkan penstabilan rakaman video yang sangat baik, selain kebolehan autofokus yang pantas. HTC turut memasarkan peranti ini sebagai telefon dwi-kamera terbaik – memandangkan Huawei P20 Pro hadir dengan tri-kamera.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HTC akan memasarkan telefon pintar ini untuk pasaran Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "HTC U12+ Menerima Skor DxO Sebanyak 103 – Lebih Tinggi Banding iPhone X"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info