Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC U12+ Akan Memasuki Pasaran Malaysia Menjelang Penghujung Jun 2018

HTC Malaysia kini telah mengesahkan yang mana HTC U12+ akan memasuki pasaran tempatan pada penghujung Jun 2018 ini, dan ditawarkan dalam pilihan warna Translucent Blue.

HTC U12

HTC U12+ merupakan peranti mercu HTC untuk tahun 2018 ini, hadir dengan spesifikasi terkini serta sokongan Edge Sense 2. Pada masa yang sama, HTC U12+ juga turut menawarkan kualiti rakaman dwi-kamera terbaik buat masa ini (melalui skor DxO).

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 6-inci, dilengkapi cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ia turut menyertakan sokongan kalis air IP68.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 16MP, selain dwi-kamera hadapan 8-megapixel.

Kita mungkin akan mengetahui lanjut mengenai harga dan tarikh jualannya dalam masa beberapa minggu lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "HTC U12+ Akan Memasuki Pasaran Malaysia Menjelang Penghujung Jun 2018"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info