Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengalaman Realiti Maya Westworld Akan Hadir Ke Malaysia Pada 18 April

Siri HBO Westworld dilihat sebagai pengganti kepada siri Game of Thrones yang sudah menghampiri musim terakhirnya tahun hadapan. Di dalam siri ini, pelawat Westworld boleh mengembara di dalam dunia koboi yang dipenuhi dengan Android yang tidak mengetahui mereka bukan manusia sebenar.

Sempena pelancaran musim kedua Westworld, HBO Asia dan Astro akan membawakan Westworld Virtual Reality Experience ke Malaysia dari 18 hingga 29 April ini di Sunway Pyramid. Ini ialah pengalaman realiti maya yang sama seperti yang diperlihatkan di New York Comic Con 2016. Dengan menggunakan peranti realiti maya, pengguna boleh menyelam ke dalam dunia Westworld. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti memilih pakaian, melakukan latihan pistol dan bertarung pistol seperti seorang koboi sebenar.

Bagi yang berminat Westworld Virtual Reality Experience akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Mereka akan menghabiskan sehingga 10 minit untuk menyelami dunia Westworld. Bagi pelanggan Astro terdapat slot khas tetapi mereka perlu mendaftar menerusi Astro Cirles. Kerana terdapatnya kandungan sensitif,ia hanya dibuka kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pengalaman Realiti Maya Westworld Akan Hadir Ke Malaysia Pada 18 April"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info