Tayangan filem Marvel’s Avengers: Infinity Wars akan hadir di pawagam-pawagam tempatan tidak lama lagi, dan nampaknya ada syarikat-syarikat yang dilihat akan bekerjasama untuk menghasilkan peranti berdasarkan watak adiwira daripada siri filem Marvel tersebut.
Beberapa hari lalu, Acer hadir dengan video acah yang memperlihatkan model sebuah laptop Acer yang dilihat hadir dengan rekaan arc reactor Tony Stark yang digunakan untuk menguasakan sut Iron Man.
Terkini, nampaknya Acer Hong Kong sudahpun menunjukkan rupa sebenar laptop tersebut, dan ia berdasarkan salah sebuah laptop nipis Acer, iaitu Acer Swift 3 yang diberikan nafas baru melalui rekaan sut Iron Man tersebut.
Laptop ini dinamakan Acer Swift 3 Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man Edition dan hadir dengan rekaan warna merah dan emas bersama-sama dengan arc reactor di bahagian belakang paparan.
Dari segi spesifikasi, laptop ini hadir dengan spesifikasi yang sama seperti laptop Acer Swift 3 yang baru. Ini termasuklah CPU Intel Core i5-8520U, memori DDR4 sebanyak 8GB, storan SSD sebesar 256GB dan juga sebuah kad grafik NVIDIA MX150 2GB.
Laptop ini dikatakan bakal hadir di pasaran Malaysia pada bulan April 2018, tetapi buat masa ini, tarikh pelancaran bersama-sama dengan harga peranti ini masih belum diumumkan lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Laptop Acer Swift 3 Edisi Avengers Infinity War Iron Man Diperlihatkan"