Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Butiran Kad Kredit Pelanggan Dari Butik Saks Dan Lord & Taylor Dicuri Oleh Penggodam – Lima Juta Kad Kredit Terkesan

Keselamatan butiran peribadi pengguna dan pelanggan seperti kad kredit dan sebagainya seharusnya menjadi keutamaan perniagaan-perniagaan dan syarikat yang mempunyainya, kerana para penggodam akan mencari pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat-maklumat peribadi ini.

Terkini, lima juta butiran kad kredit para pelanggan dari butik mewah Saks dan Lord & Taylor didapati telah dicuri oleh kumpulan penggodam JokerStash yang menyatakan bahawa mereka telah mencuri kesemua butiran tersebut melalui 83 butik Saks Fifth Avenue dan keseluruhan pangkalan data Lord & Taylor.

Kumpulan penggodam tersebut juga menyatakan bahawa mereka akan mula menjual 125,000 daripada maklumat kad kredit tersebut di arena dark web, dan selebihnya akan dijual di masa akan datang.

Syarikat Hudson’s Bay Company, pemilik kedua-dua butik ini telahpun hadir dengan kenyataan bahawa mereka sedar akan godaman ini, dan akan membantu semua pelanggan-pelanggan mereka dengan memperkenalkan perkhidmatan semakan kredit untuk melihat jika kad-kad tersebut digunakan tanpa kebenaran.

Walaupun kumpulan penggodam JokerStash ini terkenal untuk menggodam pangkalan data syarikat-syarikat besar, ada juga laporan yang hadir dimana butik Saks menyimpan maklumat-maklumat kad kredit ini didalam fail teks biasa, yang langsung tidak selamat.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Butiran Kad Kredit Pelanggan Dari Butik Saks Dan Lord & Taylor Dicuri Oleh Penggodam – Lima Juta Kad Kredit Terkesan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info