Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kedai Permainan Digital Razer Bakal Ditawarkan Melalui Lazada Untuk Pasaran Tempatan

Razer pada minggu lepas telah memperkenalkan kedai permainan digital mereka tersendiri, dinamakan Razer Game Store. Melaluinya, mereka menawarkan kemudahan untuk pengguna membeli sesuatu permainan video secara digital, dan memainkannya pada komputer mereka.

Dengan membeli pada Razer Game Store, pengguna akan diberikan sebuah kod digital untuk pembelian, yang boleh ditebus pada beberapa platform, termasuk pada Steam.

Razer Game Store

Pengguna tempatan sedia boleh membeli permainan digital pada Razer Game Store melalui penggunaan pertukaran mata wang asing – dan gembiranya, kelak anda turut boleh menggunakan mata wang tempatan untuk tujuan membelinya.

Bagi menjayakan perkara berkenaan, Razer akan bekerjasama dengan Lazada untuk menawarkan kemudahan membeli permainan digital melalui Lazada. Penawaran Razer Game Store melalui Lazada ini akan dibuka di Singapura, Malaysia dan Thailand, seterusnya diikuti di beberapa negara Asia Tenggara lain selepas itu.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pelancaran berkenaan, tetapi disasarkan pada suku tahun kedua ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kedai Permainan Digital Razer Bakal Ditawarkan Melalui Lazada Untuk Pasaran Tempatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info