Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jumlah Aplikasi Di Dalam Apple App Store Berkurangan Buat Pertama Kali Pada Tahun 2017

Apple App Store ialah platform muat turun aplikasi yang mengubah dunia peranti mudah alih. Ia diperkenalkan pada tahun Julai 2008 dan pada waktu tersebut hanya menawarkan 500 aplikasi. Aplikasi WhatsApp dan Instagram ditawarkan terlebih dahulu di App Store sebelum ia menjadi aplikasi yang digunakan berbilion pengguna setiap hari? Selepas hampir sedekad wujud berapakah pula jumlah aplikasi yang ditawarkan oleh App Store?

Menurut Appfigures, tahun lalu terdapat 2.1  juta aplikasi ditawarkan di App Store. Ini ialah pengurangan dari 2.2 juta aplikasi pada tahun penghujung 2016 sekaligus menjadikan 2017 tahun pertama jumlah aplikasi yang ditawarkan menyusut.

Penyusutan jumlah aplikasi ini berlaku kerana Apple mula membersihkan App Store dari aplikasi yang sudah lama tidak dikemaskini, berunsur spam. aplikasi klon,  dan yang tidak menyokong sistem operasi 64-bit.

Turut menyusut ialah jumlah aplikasi baru yang diperkenalkan. 755,000 aplikasi baru memasuki App Store dan ini adalah pengurangan sebanyak 29% berbanding 2016. Sebagai perbandingan Google Play Store memperkenalkan 1.5 juta aplikasi baru bersamaan dengan penambahan 17% aplikasi baru. Google Play Store kini menawarkan 3.6 Juta aplikasi kepada pengguna Android dan menunjukkan peningkatan 30% berbanding 2016.

Seperkara lagi yang kami rasakan menarik ialah lebih banyak aplikasi muncul di iOS terlebih dahulu sebelum ditawarkan ke Android. Perbezaannya adalah melebihi dua kali ganda. Kepopularan di iOS mungkin dijadikan kayu pengukur sebelum versi Android dihasilkan.

Play Store kini menawarkan lebih banyak aplikasi berbanding App Store. Mungkin ada yang mengatakan kualiti lebih penting daripada kuantiti. Namun Thomas A Callaghan Jr pernah berkata “kuantiti mempunyai kualitinya yang tersendiri”.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Jumlah Aplikasi Di Dalam Apple App Store Berkurangan Buat Pertama Kali Pada Tahun 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info