Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iPhone 2019 Mungkin Turut Menggunakan Sistem Tri-Kamera

Huawei P20 Pro ialah telefon pintar pertama dengan sistem tri-kamera pada bahagian hadapan. Dengan sistem ini P20 Pro boleh melakukan zoom optikal dan pada waktu yang sama mengekalkan sistem RGB+Monokrom yang menurut mereka menghasilkan gambar yang lebih baik. Sistem tri-kamera ini mungkin akan muncul pada iPhone kelak.

Menurut laporan Economic Daily News dari Taiwan, Apple akan menggunakan sistem yang sama pada iPhone 2019. Maklumat lain yang dilaporkan ialah ia bakal menggunakan sensor 12-Megapixel serta kemampuan zoom sehingga 5X. Huawei P20 Pro telah dinobatkan oleh DXOMark sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik. Sistem kamera 20+40+8 Megapixel yang digunakan mempunyai kemampuan mengambil gambar pada waktu malam yang terbaik setakat ini.

Jika Huawei meminjam rekaan skrin bertakuk Apple, apa salahnya Apple meminjam rekaan tri-kamera Huawei. Kami cuma tidak yakin ia akan dilakukan dengan pantas. Apple hanya menggunakan skrin OLED tahun lalu walaupun teknologi ini sudah wujud sejak Nokia N85. Begitu juga dengan pengecasan tanpa wayar dan kemampuan kalis air yang baru disokong. Apple terkenal dengan tidak mengikut trend pasaran dengan pantas sebaliknya akan hanya menggunakan sesebuah teknologi apabila ia sudah cukup matang.

Sumber Economic Daily News dan MacRumours



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone 2019 Mungkin Turut Menggunakan Sistem Tri-Kamera"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info