Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Beberapa Peranti Sony Xperia Mempunyai Tetapan Sokongan Skrin 120Hz Tersembunyi

Razer Phone adalah antara peranti Android pertama yang dilihat mempunyai sokongan paparan skrin 120Hz. Paparan seperti ini menjadikan pengalaman penggunaan peranti kelihatan lebih lancar dengan animasi ketika menatal peranti tampak menarik.

Sebenarnya Razer Phone bukannya peranti pertama dengan paparan 120Hz. Peranti utama Sony pada tahun 2017 iaitu Sony Xperia XZ Premium yang mempunyai paparan skirn 4K HDR turut menyokong paparan 120Hz. Malang sekali, tetapan ini disembunyikan oleh kernel. Xperia XZ Premium ini menyokong 3 mod paparan iaitu 1080p/60fps, 2160p/60fps dan tetapan yang disembunyikan 1080p/120fps.

Akan tetapi, menurut XDA tetapan ini boleh diaktifkan dengan membalikkan kod-kod sumber kernel untuk konfigurasi paparan skrin peranti XZ Premium ini.

Dengan kemaskini Android Oreo untuk XZ Premium, tetapan paparan skrin 120Hz ini boleh diaktifkan dengan membina Custom ROM berasaskan AOSP Android Oreo 8.1. Ahli XDA uditrawat berjaya menggabungkan barisan kod ini dan mengaktifkan tetapan ini dalam Custom ROM beliau.

Tetapi disebabkan kod-kod AOSP tidak menyokong paparan skrin 120Hz secara terbina, prestasi skrin dan paparan 120Hz tidak berfungsi dengan lancar sepanjang masa. dan menyebabkan masalah pada aplikasi kamera peranti.

Seorang ahli XDA lain, Myself5 menemui beberapa peranti Sony lain turut mempunyai tetapan ini disembunyikan. Antara peranti tersebut ialah Sony Xperia X, Sony Xperia X Performance, Sony Xperia XZ, Sony Xperia XZ1, Sony Xperia XZ1 Compact, Sony Xperia XA2, dan juga Sony Xperia XA2.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Beberapa Peranti Sony Xperia Mempunyai Tetapan Sokongan Skrin 120Hz Tersembunyi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info