Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mac Pro Baru Akan Dilancarkan Pada Tahun 2019

Mac Pro tidak dikemaskini sejak 2013. Apple telahpun menjanjikan komputer desktop paling berkuasa dan mensasarkan pengguna profesional ini akan dikemaskini. Menerusi temubual bersama TechCrunch, kini kita mengetahui ia akan akhirnya dilancarkan pada tahun 2019.

Mac Pro

Ini disahkan sendiri oleh Phil Schiller. yang merupakan ketua bahagian pemasaran di Apple. Bagi memastikan Mac Pro baru ini akan memenuhi kesemua keperluan profesional, pasukan Pro Workflow Team telah ditubuhkan di Apple. Pro Workflow Team akan memastikan perisian dan perkakasan akan berfungsi dengan baik.

Tiada maklumat sama ada rekaan “tong sampah” Mac Pro akan dikekalkan. Yang pasti rekaan komponen mpdular akan dikekalkan bagi memudahkan perkakasan ditukar sepanjang hayatnya kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Mac Pro Baru Akan Dilancarkan Pada Tahun 2019"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info